Taneti Maamau (ejaan moden: Taaneti Mwamwau, lahir 16 September 1960)
[1] ialah ahli politik I-Kiribati yang sekarang
Presiden Kiribati yang ke-5. Seorang ahli
Parti Tobwaan Kiribati, beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perancangan dengan Kementerian Kewangan sebelum menjadi Setiausaha Tetap untuk
Kementerian Kewangan dan Pembangunan Ekonomi, dan
Kementerian Perdagangan, Industri dan Koperasi.
[2]Pada tahun 2002, Maamau bersara dari perkhidmatan awam untuk menyertai
politik dan menang pada tahun 2007 satu daripada dua kerusi untuk pulau asal kawasan pilihan raya
Onotoa. Pada 2011 dan pada 2015, beliau dipilih semula ahli
Maneaba ni Maungatabu (parlimen).
[3] Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Kewangan di bawah Presiden
Teburoro Tito[
petikan diperlukan]Maamau bertanding untuk
pilihan raya presiden 2016, di mana beliau disokong oleh gabungan baru
Parti Tobwaan Kiribati. Beliau menerima sokongan dari bekas presiden
Teburoro Tito, pendahulu
Anote Tong.
[4] Beliau memenangi pilihan raya tersebut dan diisytiharkan Presiden secara rasmi selepas menang menentangi part pemerintah dengan hampir 60%. Beliau mula penggal pertamanya pada 11 Mac 2016.
[5][6]Pada bulan Ogos 2018, beliau dilantik sebagai
Canselor Universiti Pasifik Selatan.
[7]Pada bulan September 2019, Maamau menamatkan hubungan diplomatik Kiribati dengan
Taiwan dan menubuhkan hubungan diplomatik dengan
China. Keputusan tersebut datang selepas Taiwan menolak permintaan Maamau untuk "bantuan kewangan besar untuk membeli kapal terbang komersial".
[8] Akibatnya, parti pentadbirnya hilang majoriti pada
pilihan raya parlimen 2020 dari 34 kerusi hingga 22 kerusi.
[9]Beliau bertanding untuk pilihan raya semula di
pilihan raya presiden 2020 menentang bekas ahli parti
Banuera Berina dari
Parti Boutokaan Kiribati Moa. Taneti memenangi pilihan raya dengan 59% undian dan mengangkat sumpah secara rasmi untuk penggal keduanya pada 24 Jun 2020.
[10]Pada bulan Ogos 2020, Maamau mengumumkan rancangannya meminta sokongan dari China dan sekutu diplomatik lain untuk membesarkan pulau-pulau di Kiribati.
[11] Hal ini merupakan gerak balas terhadap ancaman
peningkatan aras laut dan
perubahan iklim yang muncull
[12]Pada bulan Oktober 2020, Maamau bersama dengan empat pemimpin Mikronesia yang lain mengugut tarik diri daripada
Forum Pulau Pasifik jika calon mereka tidak dipilih sebagai
Setiausaha Agung menambah "Mijronesia akan kekal tegas dan bersatu dalam kedudukannya untuk memandu pimpinan Forum".
[13][14]